Hlavní navigace

 JOM PANTAU 0.0.3

3

Pro hodnocení programu se prosím nejprve přihlaste

Staženo
5 ×
Inisiatif ini diwujudkan selaras dengan agenda nasional dan arahan kepimpinan tertinggi bagi membantu memastikan prestasi pembangunan negara di tahap terbaik. Objektif pembangunan Aplikasi Mobile Jom Pantau adalah untuk:

i. Membolehkan orang awam memberi maklum balas mengenai pelaksanaan projek-projek pembangunan fizikal yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui mobile devices

ii. Membantu pihak ICU JPM mengenal pasti projek yang menghadapi masalah dengan lebih melalui kaedah crowd sourcing aplikasi mobile

iii. Membolehkan pihak pengurusan membuat pemantauan terhadap status maklum balas dan tindakan yang telah dilaksanakan dengan mudah dan cepat

Jom Pantau menggabungkan empat (4) modul iaitu Modul Pendaftaran, Modul Maklum Balas Baru, Modul Status Maklum Balas dan Modul Profil Pengguna. Penerangan dan fungsi modul-modul tersebut adalah seperti berikut:

i. Modul Pendaftaran
a. Untuk mendaftar maklumat pengguna/pengadu/orang awam yang akan memberi maklum balas mengenai projek-projek fizikal Kerajaan yang bermasalah yang ditemui.
b. Pendaftaran pengguna yang sama hanya lah sekali sahaja dan maklumat yang perlu dimasukkan adalah nama pengguna, emel pengguna dan no telefon pengguna.
c. Pengguna akan menggunakan maklumat pendaftaran untuk log masuk kedalam Jom Pantau dengan memasukkan maklumat emel dan no telefon untuk pengesahan sebelum melaporkan permasalahan.
d. Pendaftaran pengguna penting untuk membolehkan pegawai pemantau agensi mendapat maklumat lanjut tentang sesuatu maklum balas yang dikemukakan (sekiranya diperlukan) dengan pengadu dan juga bagi memastikan kesahihan maklum balas yang diberikan.

ii. Modul Maklum Balas Baru
a. Untuk merekod maklum balas atau aduan tentang projek fizikal yang bermasalah yang ditemui.
b. Maklum balas baru boleh dikemukakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
c. Bagi setiap kali maklum balas dikemukakan, maklumat yang perlu diisi ialah negeri, daerah, nama projek, lokasi, catatan maklum balas dan dua (2) keping gambar yang diambil untuk dijadikan sebagai maklumat kepada maklum balas yang hendak diberikan.
d. Lokasi projek (koordinat) secara automatik akan diambil terus di tempat kedudukan pelapor.
e. Setelah maklumbalas dilaksanakan, aplikasi mobile ini akan menjanakan satu nombor laporan bagi setiap maklum balas dilaksanakan.

iii. Modul Senarai Maklum Balas
a. Untuk membolehkan pengguna/pengadu/orang awam melihat kembali sejarah maklum balas projek fizikal Kerajaan yang telah dikemukakan oleh pengguna.
b. Butiran maklumat yang dipaparkan ialah lokasi koordinat projek, negeri, daerah, nama projek, lokasi, catatan maklum balas dan dua (2) keping gambar yang telah diambil semasa pelaporan dibuat.

iv. Modul Profile Pengguna
a. Untuk memaparkan maklumat butiranl pengguna.
b. Mengemaskini maklumat no telefon sekiranya berlaku pertukaran no telefon.
  • Verze programu

    0.0.3

  • Poslední aktualizace od vývojáře

    15. 3. 2017

  • Počet stažení za měsíc

    0 ×

  • Potřeba instalace:

    Ano

  • Web autora

    GOVERNMENT OF MALAYSIA

Přejít do Google Play
Zdarma

Sdílet

TIP: Stahují se vám programy pomalu? Změřte si rychlost svého internetového připojení.